Kini Kembali

haiiii semuaaa ...


fuhhh berhabuk gilaaa blog nih
dah lama betul tak update post sejak Sept 2012 ..
sekarang dah Jan 2017, hampir lima (5) tahun tak update apa2

Sebenarnya Farah dah lupa pasal kewujudan blog ni
Yang membuatkan Farah terdetik nak on semula blog ni adalah
sebab ada seseorang telah bangkitkan soal blog AKU ADALAH AKU

Seseorang tersebut telah meng'google' nama Farah Farzana Roslan
dan hasilnya terjumpa kembali blog yg dah sekian lama
tiada apa2 update pun! :D

InsyaaAllah lepas nih Farah cuba untuk bagi apa2 update
berkaitan rutin harian Farah eh =)

Masa yang lalu banyak mengajar Farah tentang erti kedewasaan !
Bangun dan terus maju ke hadapan tanpa perlu toleh ke belakang !

 

♥ Eidul 1433H ♥

assalamualaikum semua !
Selamat Hari Raya Aidilfitri !
pejam celik pejam celik dah nak masuk dua minggu
kita menyambut Aidilfitri ..
macam mana persiapan korang sebelum Aidilfitri ?
semuanya berjalan lancar ?
.. alhamdulillah ..

di sini Farah nak kongsi gambar jer ..
gambar pagi raya bersama family tercinta ♥ ♥ 


♥ ♥ 
keluarga kami besar bukan ?
mak n abah dah ada dua orang cucu .. 
♥ ♥ 


♥ ♥ 
bunga di dalam keluarga En Roslan & Pn Asiah
♥ ♥ 



♥ ♥ 
kami yang belum berpunya =)
♥ ♥ 


♥ my lovely mom n dad ! 

Ramadhan Sudah Melabuhkan Tirai


maaf la korang sebab dah lama x update
entry yg baru .. busy memanjang jer
masa Ramadhan ny ..
busy tolong mak sediakan juadah untuk 
jualan bazar Ramadhan ..

back to the main point !
amacam bulan puasa korang ?
puasa penuh tak tahun ny ?
apa ? ? tak penuh ?
kalau lelaki x penuh , hairan sedikit lah ..
perempuan xpa jugak .. bole ABC ..

amalan - amalan yg dibuat semasa
sepanjang bulan mulia ini , cukup tak ?
termasuk ibadat korang untuk 10 malam yg terakhir ..
apa pun yg korang dah lakukan sepanjang Ramadhan tahun ny ,
Farah harap ia berbaloi .. 


maksud 10 Malam Terakhir :

10 malam terakhir ini , umat Islam terdahulu ,
malam bersengkang mata untuk qiam malam ,
menyiapkan diri untuk beribadah ,
berkorban masa untuk menghabiskan 30 juzuk Kalam Allah
sampai berlinangan air mata mengenangkan ramadhan yg penuh
hikmah dan pahala berganda yg bakal berlaku ..

... MasyaAllah ...
nikmat Ramadhan belum berakhir
jadi jangan lepaskan peluang untuk kecapinya ..
alunkanlah alunan bacaan kalimah Allah ,
nescaya hadiah pahala yg Allah akan kurniakan berlipat kali ganda
hanya kerana RAMADHAN ..

sahabatku .. usahlah hanyut dengan 'mood raya' 
usahlah diperdendangkan lagu raya
kerana ia sia - sia ..

RAMADHAN BELUM BERAKHIR SAHABATKU !

Ramadhan belum berakhir ..


lastly , Farah nak ucapkan
Salam Lebaran buat para blogger ,
moga lebaran kali ini membawa beribu makna
buat korang semua ~


Secara Kebetulan Atau Sudah Dirancang ?


hai semua blogger !
maaf sebab sudah lama
x update post yg baru ..
busy sikit bila dah masuk semester yg baru ny
macam-macam nak kena handle
sampai tak menang tangan jadinya

so di kesempatan ini
Farah nak share sikit
apa yg Farah jumpa

post kali ini berkaitan dengan 
mata wang Malaysia
baca artikel yg Farah dah paste dalam post ny keyh =)

Gara2 menggunakan APCO sebagai penasihat, akhirnya kini MATA WANG MALAYSIA kini diletakkan lambang ILLUMINATI yg merupakan SIMBOL FREEMASON sebenarnya. Atas apa jua alasan, memang sudah lama CMK sedar perkara ini. Malah ada maklumat logo BANK NEGARA juga adalah lambang ILLMUMINATI sebenarnya. Maka, kenapa kerajaan Malaysia rela mengikut telunjuk YAHUDI? dengan meletakkan lambang mereka pada matawa
ng baru kita.. Alasan lambang orang ASLI sebenarnya bagi menutup isu sebenar kerana sebelum ini lambang2 tersebut sudah ada dalam wang kertas kita dll. CMK difahamkan, kumpulan ini sedang aktif di Kuantan, malah ada org Melayu Islam kini jadi KEPALA untuk merekrut ramai ahli2 baru mereka. Sungguh mengejutkan, mana MUFTI?

Ada simbol illuminati pada not kertas ringgit Malaysia? MasyaAllah..betul kah? Disebabkan perkara ini memang menarik perhatian mari kita menyiasatnya dengan lebih lanjut. Ok, apa yang peliknya tentang lambang kijang ini kan? Cuba anda perhatikan, adakah ia benar – benar melambangkan kijang? Perkara yang aneh disini adalah kerana ciri fizikal Kijang adalah berekor PENDEK!, manakala simbol haiwan diatas adalah berekor panjang.. Sebenarnya haiwan yg dipaparkan (logo Bank Negara) adalah simbol seekor anjing..! Dalam logo tersebut itu pula terdapat simbol matahari dan bulan.

Untuk makluman semua,bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu, ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama pagan(menyembah alam). Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan Matahari bermata satu). Catatan ini sering ditemui melalui ukiran pada makam Firaun dan Pyramid

Manakala anjing itu pula kelihatan sperti PharaohDog/Pharaoh Hound yang merupakan lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat mesir kuno juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol identiti bagi pergerakan Freemason. Adakah satu kebetulan atau sesuatu yang memang telah ditetapkan? Saya periksa laman web BNM. Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958. Saya pun rasa Bank Negara bawah Kerajaan. Dia tulis situ, Bank Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat/induk untuk Malaysia. Tapi dekat laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun tunjuk bawah Kerajaan ke Kementerian mana ke. Jadi siapa sebenarnya pemilik Bank Negara?

Bank Negara ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya.

discover punya discover, saya telah terbaca satu artikel

Pada tahun 1958, siapa cerdik pandai Malaysia yang layak menasihat Kerajaan dalam suasana baru Merdeka? Jadi saya pun periksa siapa Gabenor pertama Bank Negara? Ok, Tan Sri W H Wilcock.

Saya tak hairan lah tentang ini, memang ramai bekas Penjajah kita yang masih membantu kita semasa kita baru lepas merdeka.

Cumanya persoalan saya, Bank Negara Malaysia ini di bawah siapa? Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia punya 2 pejabat di luar negara, 1 di US dan 1 lagi di UK. Saya juga pernah terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan bank negara malaysia

Saya risau maklumat yang saya dapat ini satu fitnah jahat terhadap Bank Negara kita. mohon diperbetulkan. sumber : http://amirulasril.com/simbol-freemasonry-dalam-wang-malaysia/
 



dah habis baca , korang tengok gambar pulak keyh ..
untuk kefahaman korang jugak =)

Rahsia Tahi LalatMu

apa aktiviti korang petang ny ?
lepak di rumah je ?
konfem borink kan ?
tapi x borink sangat bila ada internet di rumah ,
internet ny umpama teman rapat kita
semasa kita bosan ~

okay , now Farah nak tanya korang something . .
di mana kedudukan tahi lalat korang ?
hah ! selak baju tu cepat !
tapi sebelum nak selak , pastikan pintu bilik tutup yer !
x pasal-pasal nanti korang buat 'free show' lak kan ?
kan dah malu T_T

ok ! dah tahu mana kedudukan tahi lalat korang kan ?
jom tengok apa maksud kedudukan tahi lalat tu . .


Rahsia Tahi Lalat Di Muka

Kening Kanan :
Sekiranya kamu mempunyai tahi lalat pada kening sebelah kanan, kamu dikatakan seorang yg mempunyai akal yg cerdik dan cekap melakukan setiap tugas yg diberikan. Maksudnya kamu mampu memikul segala tanggungjawab yg diamanahkan ke atas kamu.

Kening Kiri :
Sifat sopan adalah gambaran bg mereka yg memiliki tahi lalat sebegini. Kamu juga seorang yg lemah-lembut. Walaupun kamu seorang yg bersopan dan lemah-lembut, namun jangan terperanjat kerana kamu juga seorang yg aktif dan cergas. Tidak hairanlah kamu ini suka melibatkan diri dalam kegiatan lasak termasuklah acara sukan.

Antara Dua Kening :
Kamu dikatakan seorang yg keras hati dan pendirian kamu sukar digugat atau dipengaruhi orang lain. Selain itu, kamu juga seorang yg berani. Kadangkala sikap kamu yg berani 'tak bertempat' itu mendatangkan keburukan pada diri kamu.

Atas Mata Kanan :
Kamu dikatakan seorang yg baik hati & suka menolong orang lain. Selain itu, kamu juga selalu berjaya dalam apa jua perkara yg dilakukan. Kebanyakannya mempunyai kerjaya yg mantap dalam masa yg singkat.

Atas Mata Kiri :
Kamu dikatakan mempunyai sikap baik hati dan disenangi orang lain. Tidak hairanlah kamu mempunyai ramai teman tidak mengira status, jantina dan kedudukan.

Pipi Kiri :
Ini menunjukkan kamu mempunyai ramai teman. Mungkin kerana kamu seorang yg peramah dan tidak sombong. Kamu juga tak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan ikhlas.

Pipi Kanan :
Kamu sentiasa menjadi pujaan ramai peminat dari jantina yg berlawanan. Tidak hairanlah jika kamu mudah mendapat pengganti walaupun baru sahaja putus cinta.

Pada Hidung :
Tahi lalat di bahagian ini menujukkan kamu ini cukup bernasib baik dan murah rezeki. Kebayakan mereka ini mampu hidup senang-lenang. Bertuahnya badan !

Pada Batang Hidung :
Tahi lalat di bahagian ini dikatakan bertuah. Kamu lebih mudah memperolehi kekayaan dalam hidup dan dicintai sepenuh hati oleh yg tersayang. Kamu juga dikatakan hanya melalui satu perkahwinan sahaja seumur hidup.

Bibir Atas Kanan :
Kamu seorang yg petah berbicara. Mempunyai banyak rezeki dan pandai.

Bibir Atas Kiri :
Kamu dikatakan mempunyai ramai kawan kerana sikap baik hati & suka menolong orang.

Bibir Bawah Kanan :
Kamu seorang yg disegani oleh ramai orang. Mungkin kerana sikap peribadi kamu sendiri membuatkan orang suka kepada kamu. Selain itu, ia juga turut membuatkan wajah kamu manis dan sedap mata memandang.

Bibir Bawah Kiri :
Kedudukan tahi lalat ini menunjukkan kamu seorang yg pandai berbicara. Setiap kali bercakap orang akan kagum terhadap kamu. Jadi tak hairanlah kamu mampu menjadi penceramah / pemidato yg baik. Pekerjaan yg sesuai dengan kamu ialah pekerjaan yg memerlukan kamu berkomunikasi dengan orang lain secara langsung. Kamu juga seorang yg tidak mudah mengaku kalah.

Hujung Mulut Kanan :
Kamu jenis yg tak mudah menyerah kalah dan akan mencuba sedaya-upaya. Mereka ini mempunyai semangat juang yg tinggi. Walau bagaimanapun, mereka perlu bekerja keras untuk hidup senang.

Hujung Mulut Kiri :
Awas ! Kamu dikatakan seorang yg suka berfoya-foya dan bersosial. Personaliti kamu yg menarik membuatkan diri kamu mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.

Dagu Bawah Kanan :
Kamu dikatakan mempunyai sifat mulia sehingga ramai orang menyukai kamu. Kamu jujur dan baik hati dengan semua orang. Namun begitu, akan ada orang mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu.

Dagu Bawah Kiri :
Ia menandakan kamu ini seorang yg bijaksana.

Rahsia Tahi Lalat di Badan

Bahu Kanan :
Mungkin kamu sukar untuk melihat tahi lalat di bahagian ini. Bagi kamu yg memiliki tahi lalat di bahu kanan, dikatakan sangat berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan. Ini kerana bagi kamu setiap keputusan itu boleh merubah kehidupan kamu. Selain itu, kamu seorang yg bertanggungjawab.

Bahu Kiri :
Ini bermakna kamu ini seorang yg suka bekerja keras untuk memastikan kejayaan menjadi milik kamu. Ini termasuklah soal kerjaya, pelajaran atau apa sahaja. Selain itu, kamu juga mempunyai benyak tanggungjawab yg perlu dipikul hingga mendatangkan masalah kepada diri kamu. Namun begitu, kamu seorang yg pandai mencari jalan untuk meyelesaikan masalah yg menimpa.

Jari Telapak Tangan Kanan :
Ini bererti kamu ini seorang yg murah rezeki. Walaubagaimanapun, kelemahan kamu adalah sikap kamu yg terlalu boros dalam berbelanja. Kamu juga seorang yg pemurah. Jika ada peluang, kamu tidak lokek menderma dan berbelanja kawan-kawan.

Jari Telapak Tangan Kiri :
Kamu juga dikatakan murah rezeki dan mampu hidup senang. Namun begitu, kamu seorang yg tidak boros dan pandai menyimpan. Jadi tidak hairanlah jika kamu mempunyai wang simpanan yg banyak di bank.

Lengan Kiri :
Dikatakan orang yg mempunyai tahi lalat di bahagian ini merupakan seorang yg berpegang teguh pada janji. Setiap janji yg dibuat pasti akan ditunaikan. Kamu juga seorang yg tepati masa dan cukup gigih berusaha untuk mencapai impian hidup.

Lengan Kanan :
Kamu seorang yg taat pada perintah ketua / guru kamu . Bermakna kamu ini seorang pekerja / pelajar yg baik & berdedikasi. Bagi kamu ia perlu agar kamu lebih berjaya pada masa hadapan. Lagipun ia menunjukkan kamu benar-benar jujur dalam setiap apa yg kamu lakukan.

Siku Tangan Kanan :
Kamu ini seorang yg bercita-cita tinggi termasuklah ingin memiliki kehidupan yg serba mewah. ini kerana sifat semulajadi kamu yg terlalu mementingkan material.

Siku Tangan Kiri :
Kamu dikatakan memiliki sikap terpuji seperti baik hati dan suka menolong orang lain. Keburukannya pula, kamu terlalu mudah untuk dipergunakan orang lain atas kebaikan kamu. Misalnya sudah banyak kali duit kamu yg dipinjamkan kepada orang lesap begitu sahaja !

Pergelangan Tangan Kanan :
Kamu seorang yg menggemari kehidupan yg enjoy. Kamu tidak peduli jika perlu berhabis wang untuk menikmati keseronokan. Ini bermakna kamu juga seorang yg boros.

Pergelangan Tangan Kiri :
Tahi lalat ini memberi tuah kepada kamu. Kononnya kamu akan mendapat calon pasangan hidup yg terdiri daripada orang berpangkat ! Bertuahnya badan ! Nampaknya tercapailah cita-cita kamu untuk hidup senang.

Lutut Kanan :
Kamu dikatakan seorang yg bersikap suka mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Sebab itulah pekerjaan yg kamu lakukan hanya sekadar 'melepaskan batuk di tangga' sahaja. Kamu juga malas berusaha walaupun kamu sedar kamu mampu melakukan yg lebih baik.

Lutut Kiri :
Seperti Lutut Kanan, malas berusaha tidak kira soal pekerjaan ataupun pelajaran. Namun begitu, ada di kalangan mereka yg mampu mencapai kejayaan walupun dengan usaha yg minima.

Betis Kanan :
Kamu dikatakan suka menghabiskan masa dengan berfoya-foya dan amat boros dalam berbelanja terutamanya jika berkaitan dengan keseronokan.

Betis Kiri :
Kamu seorang yg rajin & gigih berusaha. Sebab itu kamu tidak suka membuang masa dengan sia-sia. Pasti ada saja pekerjaan yg kamu lakukan pada masa lapang.

Tumit Kanan :
Kamu seorang yg jujur dalam perhubungan dan ini membuatkan kamu mempunyai ramai teman.

Tumit Kiri :
Kamu seorang yg baik hati & tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yg memerlukannya walaupun kadangkala kebajikan diri sendiri terpaksa diabaikan.

Ringkasan

kepala sebelah belakang = jujur , sabar , tekun

kening sebelah kanan = cerdas dan cekap

kening sebelah kiri = cerdas , sopan -santun

sudut mata kanan luar = baik budi , ramai yg cinta

pipi kanan = ramai teman

bibir atas kanan = pandai

bibir atas kiri = ramai kawan , baik hati

bibir bawah kanan = disegani orang , ramai yg suka

bibir bawah kiri = pandai bicara , tak mudah mengalah

hujung mulut kiri = suka berfoya-foya

dagu bawah kanan = jujur , baik hati

dagu bawah kiri = bijaksana dan berbudi luhur

leher kanan = cerdas , jujur , berani menderita

leher kiri = cerdas , banyak pengetahuan

leher di tengah = mudah tercapai apa yg dicita-citakan

bahu kanan = cermat dalam ambil keputusan , banyak tanggungan

bahu kiri = suka kerja keras , banyak tanggungjawab

dada kanan = dapat mengatasi masalah

dada kiri = berani , jujur , sabar

pinggang kanan = bersifat penyayang pada suami / isteri

pinggang kiri = mudah disayangi oleh suami / isteri

lengan kanan = setia & taat pada golongan atasan

lengan kiri = suka bekerja & selalu menepati janji

siku tangan kanan = bersemangat kuat untuk memiliki kejayaan

siku tangan kiri = baik hati , suka menolong

talapak kaki kanan = tidak mudah mengeluh , kuat berusaha , bakal terkenal

telapak kaki kiri = mempunyai budi pekerti yg baik

* so tahi lalat korang ada di mana ? dah tahu maksud setiap tahi lalat yg berada di seluruh badan kamu tu ? adakah entry di atas benar ? sama-samalah kita saksikan !