Pantang Larang Semasa Haid


15 Pantang larang ketika haid...

pantang larang haid period menstruasi darah datang bulan



1. Jangan picit jerawat
- Biasanya satu jerawat besar akan muncul di mana -  mana bahagian muka, selalunya di dahi atau di pipi. Ia mungkin juga muncul di kawasan yang tak dijangka seperti kulit kepala, belakang badan, celah pelipat, ect. Jangan disentuh dan dipicit - picit dengan menggunakan jari. Dikhuatiri jerawat akan terkena infection, menjadi semakin besar dan bernanah. Jika jerawat kecil dan tidak berair, biarkan sahaja. Ia akan hilang dengan sendirinya. Jika jerawat besar dari biasa, boleh disapu tea tree cream ataupun tepekkan je bedak sejuk sebelum tidur.

2. Jangan mandi air sejuk
- Semasa haid, badan dalam keadaan lemah dan lesu. Mandi menggunakan air sejuk akan menyebabkan tubuh badan terkejut dan kapilari darah mengecut. Sebaiknya, mandilah mengunakan air suam. Tadahlah air hangat dari shower ke dalam baldi atau besen. Mula mandi dengan membersihkan kawasan intim dahulu. Seterusnya, jirus bahagian kaki, perut, dada, bahu, tangan dan akhirnya muka. Sabun seperti biasa.

3. Jangan basuh rambut
- Jangan dibasahkan atau dishampoo rambut, dari hari pertama hingga hari keempat haid. Jika terpaksa, gunalah air suam. Ini untuk melancarkan darah dan mengelakkan terjadinya keputihan. Kesan membasahkan rambut dalam hari larangan ini boleh menyebabkan darah kotor berhenti mengalir sebelum waktunya. Sekiranya kedatangan haid tetap atau dapat dijangka setiap bulan, shampoolah rambut satu atau dua hari sebelumnya.

4. Jangan lama2 dalam tandas
- Jangan berlama - lamaan di dalam tandas kerana rumah syaitan adalah tandas and makanan mereka adalah darah kotor. Tak sanggup nak bayang apa yang mungkin terjadi seterusnya.

5. Jangan makan makanan hanyir
- Makanan hanyir seperti udang, sotong, ikan masin, kerang, ect sebaiknya dikurangkan untuk mengelakkan darah haid berbau kuat dan hanyir. Makanan bersumberkan protein sangat digalakkan seperti telur, kekacang, tempe, tahu, daging, ayam, sayuran, ect.

6. Jangan minum minuman bergas dan berais
- Minuman bergas tiada faedahnya. Air bergas samada dalam tin atau botol hanya mengandungi gula dan gas yang tinggi. Perut akan terasa sebu, berangin, kembung dan tidak selesa. Sebaiknya, minumlah air suam atau panas. Ketika haid, tubuh badan sedang kehilangan air yang banyak, dalam bentuk darah dan gantilah ia dengan minuman yang berkhasiat. Jika teringin minum jus, buatlah suam - suam atau makan terus buahnya.

7. Jangan minum minuman berkafein
- Contohnya seperti teh, kopi, nescafe, ect. Minuman berkafein ini dikhuatiri akan memburukkan lagi ketidakseimbangan hormon yang sedang terjadi. Ia juga boleh menyebabkan perut kembung dan tidak selesa.

8. Dilarang berjimak / bersetubuh
- Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 222 melarang suami menjimak isterinya ketika haid kerana perbuatan itu boleh mendatangkan penyakit bagi kedua belah pihak. Percampuran antara kawasan pusat hingga lutut, di antara lelaki dan perempuan adalah ditegah tetapi 'bermain' di kawasan lain adalah dibolehkan.

9. Dilarang berpuasa
- Tidak sah puasa bagi orang yang sedang dalam haid. Walau bagaimanapun, puasa bulan Ramadan wajib diqada' atau digantikan.

10. Dilarang mendirikan solat
- Solat orang yang sedang haid adalah tidak sah and solat itu tidak wajib diqada' atau digantikan.

11. Dilarang menyentuh dan membaca Al-Quran
- Kitab suci Al-Quran ni perlulah dijaga dan dihormati sebaiknya. Mintalah bantuan orang lain (yang suci dari haid) jika perlu dialihkan ke tempat lain. Tetapi sekiranya keadaan memaksa dan tiada sesiapa yang boleh menolong, lapiklah tangan dengan kain dan jangan bersentuhan kulit dengan Al-Quran itu.

12. Dilarang memasuki surau / masjid / ruang beribadat
- Memasuki kawasan surau atau masjid dibolehkan (tempat letak kereta, tandas, ect) tetapi memasuki surau atau masjid adalah dilarang. Dikhuatiri akan mengotori ruang beribadat tersebut.


13. Tidak digalakkan menziarahi kubur
- Ada beberapa pendapat berkaitan perempuan haid menziarahi kubur. Tetapi jika boleh, ia tidak digalakkan melainkan sewaktu pengebumian ahli keluarga terdekat.

14. Dilarang tawaf ketika mengerjakan haji / umrah
- Ibadah - ibadah haji atau umrah yang lain boleh dilakukan kecuali tawaf Kaabah.

15. Jangan berendam di dalam kolam / sungai / laut
- Demi kebersihan semua pihak, perempuan berhaid dilarang mandi berendam di dalam mana - mana kawasan berair. Darah yang masih mengalir akan mencemari air tersebut dan menganggu ekosistem semulajadi.


Remarks
  1. Jangan maksudnya optional...pilihan di tangan anda...buat boleh...tak buat lagi bagus...
  2. Dilarang maksudnya ditegah sekeras - kerasnya...tak boleh buat langsung...
  3. Sebaiknya ikut sahaja panduan agama masing - masing...yang baik itu pastinya ada sebab dan hikmahnya...
  4. List di atas adalah hasil personal research Sarah je. Boleh digunakan sebagai ingatan, panduan dan ikutan untuk semua perempuan. Semoga bermanfaat.

References
1. Pantang ketika haid dan penjagaan ketika haid

2. Pantang larang ketika haid dan nifas

3. Bolehkah wanita haid pergi ziarah kubur?
https://konsultasisyariah.com/1741-bolehkah-wanita-haid-pergi-ziarah-kubur.html

Kini Kembali

haiiii semuaaa ...


fuhhh berhabuk gilaaa blog nih
dah lama betul tak update post sejak Sept 2012 ..
sekarang dah Jan 2017, hampir lima (5) tahun tak update apa2

Sebenarnya Farah dah lupa pasal kewujudan blog ni
Yang membuatkan Farah terdetik nak on semula blog ni adalah
sebab ada seseorang telah bangkitkan soal blog AKU ADALAH AKU

Seseorang tersebut telah meng'google' nama Farah Farzana Roslan
dan hasilnya terjumpa kembali blog yg dah sekian lama
tiada apa2 update pun! :D

InsyaaAllah lepas nih Farah cuba untuk bagi apa2 update
berkaitan rutin harian Farah eh =)

Masa yang lalu banyak mengajar Farah tentang erti kedewasaan !
Bangun dan terus maju ke hadapan tanpa perlu toleh ke belakang !

 

♥ Eidul 1433H ♥

assalamualaikum semua !
Selamat Hari Raya Aidilfitri !
pejam celik pejam celik dah nak masuk dua minggu
kita menyambut Aidilfitri ..
macam mana persiapan korang sebelum Aidilfitri ?
semuanya berjalan lancar ?
.. alhamdulillah ..

di sini Farah nak kongsi gambar jer ..
gambar pagi raya bersama family tercinta ♥ ♥ 


♥ ♥ 
keluarga kami besar bukan ?
mak n abah dah ada dua orang cucu .. 
♥ ♥ 


♥ ♥ 
bunga di dalam keluarga En Roslan & Pn Asiah
♥ ♥ 



♥ ♥ 
kami yang belum berpunya =)
♥ ♥ 


♥ my lovely mom n dad ! 

Ramadhan Sudah Melabuhkan Tirai


maaf la korang sebab dah lama x update
entry yg baru .. busy memanjang jer
masa Ramadhan ny ..
busy tolong mak sediakan juadah untuk 
jualan bazar Ramadhan ..

back to the main point !
amacam bulan puasa korang ?
puasa penuh tak tahun ny ?
apa ? ? tak penuh ?
kalau lelaki x penuh , hairan sedikit lah ..
perempuan xpa jugak .. bole ABC ..

amalan - amalan yg dibuat semasa
sepanjang bulan mulia ini , cukup tak ?
termasuk ibadat korang untuk 10 malam yg terakhir ..
apa pun yg korang dah lakukan sepanjang Ramadhan tahun ny ,
Farah harap ia berbaloi .. 


maksud 10 Malam Terakhir :

10 malam terakhir ini , umat Islam terdahulu ,
malam bersengkang mata untuk qiam malam ,
menyiapkan diri untuk beribadah ,
berkorban masa untuk menghabiskan 30 juzuk Kalam Allah
sampai berlinangan air mata mengenangkan ramadhan yg penuh
hikmah dan pahala berganda yg bakal berlaku ..

... MasyaAllah ...
nikmat Ramadhan belum berakhir
jadi jangan lepaskan peluang untuk kecapinya ..
alunkanlah alunan bacaan kalimah Allah ,
nescaya hadiah pahala yg Allah akan kurniakan berlipat kali ganda
hanya kerana RAMADHAN ..

sahabatku .. usahlah hanyut dengan 'mood raya' 
usahlah diperdendangkan lagu raya
kerana ia sia - sia ..

RAMADHAN BELUM BERAKHIR SAHABATKU !

Ramadhan belum berakhir ..


lastly , Farah nak ucapkan
Salam Lebaran buat para blogger ,
moga lebaran kali ini membawa beribu makna
buat korang semua ~


Secara Kebetulan Atau Sudah Dirancang ?


hai semua blogger !
maaf sebab sudah lama
x update post yg baru ..
busy sikit bila dah masuk semester yg baru ny
macam-macam nak kena handle
sampai tak menang tangan jadinya

so di kesempatan ini
Farah nak share sikit
apa yg Farah jumpa

post kali ini berkaitan dengan 
mata wang Malaysia
baca artikel yg Farah dah paste dalam post ny keyh =)

Gara2 menggunakan APCO sebagai penasihat, akhirnya kini MATA WANG MALAYSIA kini diletakkan lambang ILLUMINATI yg merupakan SIMBOL FREEMASON sebenarnya. Atas apa jua alasan, memang sudah lama CMK sedar perkara ini. Malah ada maklumat logo BANK NEGARA juga adalah lambang ILLMUMINATI sebenarnya. Maka, kenapa kerajaan Malaysia rela mengikut telunjuk YAHUDI? dengan meletakkan lambang mereka pada matawa
ng baru kita.. Alasan lambang orang ASLI sebenarnya bagi menutup isu sebenar kerana sebelum ini lambang2 tersebut sudah ada dalam wang kertas kita dll. CMK difahamkan, kumpulan ini sedang aktif di Kuantan, malah ada org Melayu Islam kini jadi KEPALA untuk merekrut ramai ahli2 baru mereka. Sungguh mengejutkan, mana MUFTI?

Ada simbol illuminati pada not kertas ringgit Malaysia? MasyaAllah..betul kah? Disebabkan perkara ini memang menarik perhatian mari kita menyiasatnya dengan lebih lanjut. Ok, apa yang peliknya tentang lambang kijang ini kan? Cuba anda perhatikan, adakah ia benar – benar melambangkan kijang? Perkara yang aneh disini adalah kerana ciri fizikal Kijang adalah berekor PENDEK!, manakala simbol haiwan diatas adalah berekor panjang.. Sebenarnya haiwan yg dipaparkan (logo Bank Negara) adalah simbol seekor anjing..! Dalam logo tersebut itu pula terdapat simbol matahari dan bulan.

Untuk makluman semua,bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu, ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama pagan(menyembah alam). Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan Matahari bermata satu). Catatan ini sering ditemui melalui ukiran pada makam Firaun dan Pyramid

Manakala anjing itu pula kelihatan sperti PharaohDog/Pharaoh Hound yang merupakan lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat mesir kuno juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol identiti bagi pergerakan Freemason. Adakah satu kebetulan atau sesuatu yang memang telah ditetapkan? Saya periksa laman web BNM. Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958. Saya pun rasa Bank Negara bawah Kerajaan. Dia tulis situ, Bank Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat/induk untuk Malaysia. Tapi dekat laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun tunjuk bawah Kerajaan ke Kementerian mana ke. Jadi siapa sebenarnya pemilik Bank Negara?

Bank Negara ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya.

discover punya discover, saya telah terbaca satu artikel

Pada tahun 1958, siapa cerdik pandai Malaysia yang layak menasihat Kerajaan dalam suasana baru Merdeka? Jadi saya pun periksa siapa Gabenor pertama Bank Negara? Ok, Tan Sri W H Wilcock.

Saya tak hairan lah tentang ini, memang ramai bekas Penjajah kita yang masih membantu kita semasa kita baru lepas merdeka.

Cumanya persoalan saya, Bank Negara Malaysia ini di bawah siapa? Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia punya 2 pejabat di luar negara, 1 di US dan 1 lagi di UK. Saya juga pernah terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan bank negara malaysia

Saya risau maklumat yang saya dapat ini satu fitnah jahat terhadap Bank Negara kita. mohon diperbetulkan. sumber : http://amirulasril.com/simbol-freemasonry-dalam-wang-malaysia/
 



dah habis baca , korang tengok gambar pulak keyh ..
untuk kefahaman korang jugak =)