Mencari Follower Yg ke-100


memandangkan follower Farah 

semakin hari semakin meningkat . .

so , Farah nak cari la siapa yg bertuah 

utk jd follower Farah yg ke-100 . .

Maybe tiada hadiah yg akan diberi ,

cuma Farah boleh bg penghargaan jela . .

terima kasih byk2 sebab sudi follow blog Farah ny . .

Farah tahu Farah masih blom expert lg dlm bidang blog ny ,

tp dgn bimbingan korang ,

insyaAllah Farah akan usahakan utk menjadi yg terbaik . .

doa-doakan lah yer . .

* semoga korang tak jemu follow blog Farah ^_^

SeKiLaS PaNdanG


masa ngah usha-usha fb org , 
tetiba tertarik lak ngn entry ny :

segelap-gelap malam

bila terbitnya matahari

muncullah cahaya menghapuskan kepekatan malam

begitulah hidup ,

sekuat mana pun dugaan yg datang ,

hadapinya dengan sabar & tenang

kerana di hujungnya nanti

pasti ada kebahagiaan buat kita semua . . .

*tersentuh hati aku bila baca post si dia . . .

Selamanya . . . Selamanya . . .


selamanya , selamanya , selamanya ,
harimau malaya !
selamanya , selamanya , selamanya
sokong Malaysia !

hey le le le le le la
oohh , oohh
hey le le le le le la
aaahh , aaahh 

harimau malaya
harimau malaya
harimau malaya
harimau malaya

hey le le le le le la
oohh , oohh
hey le le le le le la
aaahh , aaahh


tetiba ja mulut aku nak nyanyi lagu ny malam-malam mcm ny . . 
jom layan sama-sama !

walaupun Malaysia kalah dgn Jepun ,
saya tetap sokong Malaysia !


MaTa BeSow !

Alhamdulillah . . terima kasih Ya Allah di atas Kurniaan dan 
Rahmatmu yg telah Engkau berikan 
buat kami Ya Allah ! kami mensyukuri nikmat yg Engkau berikan !

entry kali ny mengenai MATA . .
MATA bermaksud organ penglihatan yang paling penting . 
Mata yg lebih kompleks digunakan untuk memberikan pengertian visual .
tanpa mata , kita tak dapat melihat ciptaan Allah yg sememangnya indah kan ?
dan tanpa mata juga , kita tidak dapat mengenal siapa orang di sekeliling kita
termasuk orang tua kita , keluarga rapat , sahabat handal dan macam-macam lagi . .

dalam dok kalut nak cari istilah MATA di muka EN Google ny ,
sempat la jugak saya tengok makhluk ciptaan Allah
yg mempunyai mata yang besar . .
antaranya ialah :




semua kenal artis ny kan ?
dia juga mempunyai aset yg penting iaitu MATA !
bulat matanya membuatkan ramai yg tertawan padanya . .


hah ! ny Baby Megamind . . 
anak dia pn MATA besar gak !


comel kn kucing ny ?
bila ia dalam kedudukan mcm ny ,
MATAnya kelihatan besar . .




ny x taw la anak sapa . .
tapi yg pasti , MATA budak ny memang besar !
takut juga bila tenung lama-lama . . .

Hah ! tu antara yg sempat Farah cari dalam muka En Google !

ramai kawan Farah kata mata Farah besar . .
apa korang fikir tentang gambar di bawah ny ?
besar ke tidak ?




* Aku bersyukur akan nikmat yg telah Engkau berikan padaku Ya Allah !

JiwanG KaraT SaT !


masih terbayang di ruangan mataku
saat indah bersamamu dulu
masihku ingat janji manismu
bertakhta di hatiku
ooo . . oooo . . oooo . . .

di kala itu engkau lah bintang
menyuluh malam yang kegelapan
tetapi kini tiada lagi
tinggal aku sendiri

percintaan ini amat memilukan
perpisahan ini sungguh menyakitkan
namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

kepiluan ini meracun hidupku
kesunyian ini membunuh jiwaku
tergamak kau sayang
melihat diriku dalam kesedihan
dipermainkan olehmu

sia-sia saja percintaan ini
tak bisa sampai ke puncaknya
sekelip mata hilang semuanya
yang tinggal hanya air mata

Oo oo oo 

percintaan ini amat memilukan
perpisahan ini sungguh menyakitkan
namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

kepiluan ini meracun hidupku
kesunyian ini membunuh jiwaku
tergamak kau sayang
melihat diriku dalam kesedihan
dipermainkan olehmu

sia-sia saja percintaan ini
tak bisa sampai ke puncaknya
sekelip mata hilang semuanya
yang tinggal hanya air mata

Oo oo oo

by : Ezad Lazim !

* lagu nih amat bermakna buat aku . . ! 

* hampir kesemua lirik lagu nih berkaitan dengan kisah hidup aku . .  :-(

Rahsia Personaliti Huruf Pangkal Nama


Huruf A :

Ramah dan murah senyuman . Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas . Kelemahannya , sangat mudah berasa hati dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah . Meskipun begitu marahnya mudah reda .

Huruf B :


Selalu tenang dalam menghadapi masalah yg rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya . Mereka juga sangat setia dan penyabar , yg menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan . Kelemahannya ialah sangat mudah tersinggung .

Huruf C :

Ramah dan pandai berbicara . Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan . Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh .

Huruf D :

Pendiam , bercakap hanya bila perlu . Sopan , berdisiplin dan kuat bekerja . Kelebihannya itulah yg menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita . Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain .

Huruf E :

Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggungjawab . Sikapnya periang bila hatinya senang , tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka .

Huruf F :


Punya pendirian yang teguh , tidak mudah goyah dan keras kepala . Mereka juga sukar memaafkan . Tidak setia dan amt berhati-hati apabila berbelanja .

Huruf G :

Kerap murung dan bersedih hati . Pendiriannya mudah dipengaruhi . Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun .

Huruf H :

Mudah simpati , bahasanya lemah-lembut dan tidak pernah melukai perasaan orang lain . Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan , suka berkhayal dan bercita-cita tinggi .

HuruF I :


Suka memendam perasaan dan permasalahan . Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain . Suka menangis .

Huruf J :


Ramah dan murah senyuman . Meraka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan . Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas .

Huruf K :

Pandai berjenaka . Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah . Kelemahannya suka bercerita rahsia .

Huruf L :


Ramah dan pandai bergaul serta mempunyai ramai kawan . Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain . Amat berhati-hati bila berbelanja . Kelemahannya adalah tidak menepati masa .

Huruf M :

Pandai dan kreatif , suka kelembutan dan jika dikongkong , mereka akan memberontak . Senang dijadikan sahabat kerana mereka tidak berkira . Kelemahannya ialah boros dan keras kepala .

Huruf N :


Baik dan rapi dalam berpakaian . Mereka suka menghulurkan tangan untuk menolong orang lain tanpa memikirkan balasan . Kelemahannya ialah mudah bersedih hati dan kurang kepercayaaan diri .


Huruf O :

Serba boleh . Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain . Akibatnya ramai yang menganggapnya sombong dan suka memilih teman .

Huruf P :


Pandai berjenaka dan selalu ceria . Mempunyai banyak idea dan sangat kreatif . Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan oleh orang lain . Agak pendendam dan boros .

Huruf Q :

Setia dan mudah memaafkan orang lain . Suka meluangkan waktunya untuk kawan . Keras kepala , sukar diatur dan mudah emosi .

Huruf R :


Pendiam dan bercakap bila perlu . Tekun dengan kerja yg disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita . Suka mengkritik dan sukar mengawal bicara ketika marah .

Huruf S :

Pandai dan tekun mengejar cita-cita . Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji . Kelemahannya ialah mudah tersinggung selain sukar menahan emosi . Jika tidak , emosinya marah meledak-ledak .

Huruf T :


Sangat berdisiplin . Selalu megerjakan sesuatu mengikut aturan buku . Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan . Suka menonjolkan diri selain senang gugup terutama bil;a bersalah .

Huruf U :

Suka berterus terang dan menyendiri . Naif baginya merugikan orang lain . Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara di depan orang ramai .

Huruf V :


Tutur katanya lembut dan pemalu . Pandai menyesuaikan diri . Selain itu , mereka juga pandai menguasai orang di sekitarnya dengan cerita-cerita yang menarik . Tidak suka berterus-terang .

Huruf W :

Ramah dan mudah simpati . Sikapnya amat menawan . Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan . Keras kepala dan sukar diatur , tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan .

Huruf X :


Budi pekertinya halus . Suka melakukan pkerjaan sosial . Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang telah menyinggungnya .

Huruf Y :

Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri . Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik . Tidak berani mengemukakan pendapat .

Huruf Z :


Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan . Suka disapa terlebih dahulu dan gemar menonjolkan diri .



Now About Myself

Nama Penuh : Farah Farzana Binti Roslan

Punya pendirian yang teguh : betol !
Tidak mudah goyah : betol !
Keras kepala : kadang-kadang ja . . bergantung pada waktu dan situasi lar !
Sukar memaafkan : x kowt ! Farah senang lupa apa yg dah jadi n senang maafkan org . .
Tidak setia : ofcoz la SALAH ! setia giler-giler kowt !
Berhati-hati bila berbelanja : correctly yes !

* okeyh ! sekarang hampa lak ! betol ke x ? ?

# copy this from here : Lynda Aziz


PeKaT LoGhaT UtaRa


cuba hampa baca artikel di bawah ny . . memang pure bahasa utara lah !


Ni , nak ceqhita kat hangpa semua . 
Tadi ni oqang sebelah qhumah aku ni dok bising pa xtaulah . 
Hingaq sampai ke qhumah aku pon bleh dengaq , 
dengaq kata dapoq qhumah dia terbakaq . 
Time dok qembang2 tu la dia nak terbakaq pon , 
time aku nak makan nasik ( lauk toyu dengan ikan goreng ) . 
Xdak time len ka nak terbakaq pon , 
dah la pagi tadi menyoqok pon dak , 
adik aku sentai abeh koi cok kodok 
dengan pengat ubi mak aku buat , 
kuqang jaq btoi . . Tapi tu ceqhita pagi tadi , 
ni dapoq sebelah qhumah aku ni . 
camana nak buat ? Seqheyau jugak aku nak pi , bukan pa , 
satgi kot tong gaih dia meletup haa x pasai2 
ngn muka aku yang hensem ni ceqeme . . hehe . . 
Tapi aku gagah pi la jugak kan , pasai anak daqa dia comei , 
dah la comei meqhela plak tuh . 
bleh aku qelin2 satgi tolong apa yg patot . 
Bila aku sampai ja belakang qhumah tuh , 
mak aii api dia punya panaih , 
nak pi dekat pon x bleh . Oqang kampong pakat dok kaut 
ayaq paqit nak simbah kat api .
 Ada ka pakai ayaq caq? Yg aku syok ada soqang oqang tua ni 
ngan keleboq2 sekali dia kaut . 
Buat pa paklong oit , buat habih qiang ja , 
xguna sekupang pon . 
Ada yg dok punggai pasiaq pon ada , ishh macam2 . 
Satgi kalau kita pi tegoq , dia habaq kita kuqang jaq , 
biaq pi lah . Yg budak2 pulak , dok qabat pokok nak tengok , 
hishh satgi ngan pokok2 dia sambaq mampoih . 
Bodo piang jugak budak2 ni . 
Masa tu aku tengok zen qhumah dah dok meletik2 dah , pii . . !
qhumah aku ! ! ! Baqu teqhingat , camana ni , 
mampoih la , mana aku nak tidoq malam ni 
kalau dia sambaq qhumah aku , 
beqhembun la . .  Qhumah aku ! !  
Tolong wei ! !

* bagi sesiapa yg x berapa nak paham artikel kt atas 2 , ley my tnya aku na . . jangan segan-segan la noh !



hah ! tu dia ! aku bg gambaq negeri-negeri yg ckp utara !

salah satunya negeri aku lah ! Pulau Pinang !


Kem PLKN Tasik Meranti

assalamualaikum w.b.t.
bila malam-malam macam ny la aku teringat suasana kem aku . . 
kalau la masa bley diputarkan balik , 
aku takkan sia-siakan pengalaman aku semasa dalam kem . . 
bukan semua orang dapat rasa suasana tuh . .
especially masa jaga malam ada handphone . . .
memang best lar ! 
masa mula-mula dapat taw aku dapat nasional service ,
jujur aku katakan , AKU TAK MAW P ! !
tapi . . . .  bila dah sampai kem , rasa macam tak mau balik plak . . .
tu lah penangan PLKN kalau ampa nak taw !
aku nak share la sikit gambar-gambar semasa berada di dalam kem


di ambil semasa berada di dalam bilik


di Dewan Makan


di depan Dorm


malam kena denda pakai full loreng


seminggu sebelum nak balik


belakang dorm kami



tUdUnG wAniTa




ღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღღ✿ღღ✿ღ✿ღ✿ღღ✿ღღ✿ღ✿ღღ✿ღღ✿ღ✿ღ✿ღ

TUDUNG WANITA itu mempunyai empat iaitu tudung pada wajahnya , tudung pada mata , tudung pada suara dan tudung pada hati . . 

Apa MAKSUD disebaliknya ?

ღ✿  Tudung pada WAJAH : Jangan sampai wajahnya mengundang FITNAH .  . Kecantikan adalah pingitan buat suami ,BUKAN PAMERAN untuk lelaki ajnabi . .

ღ✿ Tudung pada MATA : Jangan matanya MEMANDANG lelaki lain selain muhramnya . . solehah yang hakiki , tidak dipandang , tidak memandang . .

ღ✿ Tudung pada SUARA : Jangan DILUNAK-LUNAKKAN dengan tujuan memikat dan mempesona . .

ღ✿ Tudung pada HATI : MENGINGATI Allah dengan tasbih . . 

ღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღღ✿ღღ✿ღ✿ღ✿ღღ✿ღღ✿ღ✿ღღ✿ღღ✿ღ✿ღ✿ღ

bErEnTaM !


MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !

TWITTER : Takpe Facebook , aku back-up kau .

GOOGLE : DIAMMM ! aku ada semuanya .

MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .

IE : Wei Mozilla , sendri mau ingat ha . . gua kan ada !

MOZILLA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !

IE : Lu dulu la mamat ! mengaku lu sorang jer boleh akses pada diorang tadi ! !

INTERNET : Sudah ! ! ! Jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! power tak aku ?

FACEBOOK : Hmmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang TERBAEKKKKKK ! !

YAHOO : Facebook , jangan riak . Kalau aku takde , mana boleh buat email !

GOOGLE : Yahoo , gua kan boleh buat email gak !

MAXIS , CELCOM , TMNET : (serentak ) Ehem ! Lu orang ingat kami ni kayu ? !

TNB : Diamlah korang ! nanti aku matikan elektrik , baru korang tahu siapa paling power !

# moral of the story is : 'kita janganlah mempunyai sifat riak dan takbur dalam diri . hal ini kerana , jika kita mempunyai sifat itu , diri kita akan menjadi bongkak dan sombong . so , mesti kita takkan mempunyai ramai kawan kan ? pandai-pandailah korang jaga tatasusila masing-masing . .


PeSaNaN BuaT KauM AdaM


ini adalah antara pesanan Ustaz Azhar Idrus buat kaum Adam !


  • Jangan pikat wanita itu jikalau anda tidak bersedia cintakan dia
  • Jangan buat wanita itu jatuh cinta jikalau anda tidak cintakan di
  • Jangan memberi wanita itu harapan jikalau anda sendiri tidak pasti
  • Jangan sakiti hati wanita itu jikalau anda tiada hati untuknya
  • Jangan mainkan perasaan wanita itu jikalau anda tiada perasaan  untuknya
  • HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya


# so , buat kaum Adam di luar sana , berhati-hatilah bila mengeluarkan kata-kata !


AnyEonG HaSeYo !

wah ! teruja giler bila dpt Baucar Buku 1 Malaysia nih . . .


korang ada x ? bagi yang masih belajar tu , mesti la ada kan ? ? so korang guna baucar ny untuk beli apa ? ? mesti beli komik or novel je kan ? ? xpa , berfaedah juga tu . .

first impression when I got this voucher is , what I should buy by using this voucher ? ?

mula2 ingat nak beli buku untuk kejuruteraan mekanikal . . alih2 , xda plak buku engineering di sana  . . 

bila sampai popular , ini yang aku beli sebab buku yang dicari tak jumpa :


 novel wajib beli taw ! harga untuk semua tu ialah RM 115 . . .

tinggal lagi RM100 je lg . . dah x tahu nak beli apa . . .

x kan nak habiskan baucar dengan beli novel ja . . .

by the way , thx a lot to our PM coz give this voucher to students . . ! we realy appreciate it !

SubhanaAllah !


Assalamualaikum dan salam sejahtera . . .
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang . . 

Alhamdulillah , di kesempatan ini Farah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang indah ini . . Kita tak tahu bila ajal kita , jadi bersiap sedialah sepenuhnya dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti menunaikan segala suruhanNya serta meninggalkan segala laranganNya . . InsyaAllah hidup anda akan diberkati . . 

semalam Farah tonton satu movie channel 105 ( Asrto Prima ) . . tajuk movie ny A Day After Tomorrow . . agak menarik tajuk movie ny . . and jalan cerintanya juga menarik . . jalan cerita movie ini lebih kurang filem 2012 . . mesti korang pernah tgk kn movie 2 ? ? so , now Farah nak cerita sedikit tentang movie A Day After Tomorrow ny . . .

movie ini menceritakan tentang kerakusan manusia mencipta pelbagai teknologi canggih sehingga mengabaikan ekosistem negara . . suatu hari , seorang pakar ramalan cuaca menyatakan bahawa setahun lagi dunia akan dilanda puting beliung yang dashyat  yang terhasil dari ketulan ais sebesar bola golf . . 

bencana ini merebak dengan cepat ke negara - negara yang berdekatan yang hanya memakan masa kurang dari sehari . . kejadian ini berlaku selama sejam atau lebih di sesuatu tempat . . peluang untuk hidup jika bencana ini berlaku adalah amat tipis sekali . . 

bencana alam ini menimpa beberapa buah negara yang terletak di hemisfera utara seperti di New York , London , Paris dan sebagainya . . puting beliung ini telah menyebabkan semua harta benda dimusnahkan . . apabila bencana ini berlaku , semua bangunan termasuk orang akan menjadi beku seperti ais . .

cuba bayangkan , sebuah  helikopter yang terbang tinggi pun boleh jatuh akibat petrol membeku sehingga menyebabkan pemandu serta penumpang menjadi beku seperti ais . . ramai yang terkorban dan menjadi ais kerana gagal selamatkan diri masing - masing . . salah satunya cara untuk selamatkan diri ialah dengan sentiasa memanaskan diri untuk mengelakkan diri dari menjadi beku seperti ais . . 

* iktibar dari story ny ialah , kita jangan alpa dengan tugas yang di galas oleh seorang hamba Allah . .

* setiap manusia akan kembali kepada penciptaNya , cuma bezanya cepat atau lambat sahaja . .

* bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup !



nAk kAyA ! tApi sOmbOnG !

assalamualaikum
hye peeps !

cuba imagine kenapa apek apek semuanya kaya ? ingat ada ka yang susah macam org melayu ! ada ka ? sebab org melayu ny kadang-kadang suka mengharap orang lain tolong sedangkan dia masih menpunyai kudrat lg . dan satu hal lagi , org melayu ny , kalau dah kaya sikit mulalah nk berlagak jadi macam orang lain yang berpangkat tinggi dan dihormati . tapi , cuba korang tgk cina even diorang kaya raya , diorang pergi shopping mall pakai seluar pendek , singlet , selipar ja taw ! sekali keluarkan duit , berkepuk kepuk . bukan macam melayu yang suka guna 

" Biar PAPA Asal BERGAYA " 

bergaya saja x guna kalau duit sikit pun xda ! buat malu ja . bukan niat aku nak menjatuhkan maruah bangsa aku sendiri , tapi korang fikir fikirkan lah yer ! takkan selamanya kita asyik nak bergaya ja , tapi duit xda nak terus sampai bila ? jangan malukan bangsa sendiri la wei !

cuba baca dan fahami kisah di bawah ni : 

Kisah 1 :

seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya makan setiap hari . apa yang ada dalam fikiran org melayu ? sayang kucing ? kucing makan banyak ?

jawapan cina : "saya beli banyak sebab kwn saya baru buka kedai makan , bagi duit mesti tak nak terima . jadi ini saja cara saya utk membantu dia . "

Kisah 2 :

seorang melayu pergi membelidi kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai yang cantik . satu hari , gadis itu tiada . setelah ditanya , rupanya gadis itu sudah pergi menyambung pengajiannya di England . apa yang ada dalam fikiran org melayu ? kedai buruk tapi duit banyak ! pergi gadai tanah atau buat pinjaman Ah Long ?

jawapan cina : " saya dari keluarga keturunan Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . tak perlu bayar balik ,bila Lim yang miskin itu sudah menjadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3 :

pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya RM20k sahaja . dicari kontraktor melayu , apa yg ada dalam fikiran mereka ? hanya harga RM20k sahaja ? pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . terkejut imam ! hal ini kerana kontraktor tersebut hanya memerlukan RM12k sahaja .

jawapan cina : " tempat ini dibuat untuk orang sembahyang . tak boleh nak ambil mahal , nanti Tuhan marah ."


++++++++++++++++++++++++++++++++


# cuba kita hayati betul betul cara pemikiran orang cina dengan orang melayu . banyak bezanya kan ? dan kita boleh ambil semua ny sebagai pengajaran!

# kenapa perlu memusuhi atau begadauh sesama sendiri dalam satu negara ?

# WAKE UP LA ! kalau nak tengok Malaysia terus maju , rakyat yang ada dalam negara tu perlulah maju dahulu !

# bukan harapkan pihak luar yang nak majukan negara kita sendiri !


. . . sEpi . . .



dah lama rasanya aku x mengUPDATE story dlm blog ny . . maaf lah yer . . agak busy cket kebelakangan ny . . tambah ngn byk assignment yang kena submit . . bila dah jadi pelajar , mcm ny lar rutin harian . . now I can update this blog everyday because I'd my sem break ! I can enjoy for a week !

nk cerita la cket psy rutin aku sbg pelajar . . setiap hari , mesti ada assingment yg kena anta dua hari slps lecturer bg . . sekali dy bg , PERGHHH ! bknnya sikit ! tapi BERTAMBUN ! bayangkan lah , dlm satu hari tu , ada dua tiga sbjk , dah bpa byk assignment yg kena anta . . tambah - tambah lg sbjk THERMODYNAMIC (antara sbjk KILLER utk sem ny) . . 

lg 6 minggu , kami kena submit STUDY CASE ! agak susah nk faham ayat yg digunakan dlm ayat handouts study case yg lect bg . . sbjk yg ada study case ialah ENGINEERING MECHANICS AND THERMODYNAMICS . . ! nasib baik la lect baik hati nak tlg serba sedikit dlm menyelesaikan mslh study case ny . .

bila habis jew cuti mid sem ny , IPTA aku ada menganjurkan KURSUS KAHWIN ! hahahahahaha . . . teringin nak join kursus ny ! tp nanti , bila dah ada sijil kursus ny , mesti x sabar nak kawen plak kn ? ? aku join pn sebab IPTA aku dpt harga murah utk anjurkan kursus ny . . rugi lah bg sesapa yg x nak join ! nanti bila dah GRAD , x da la sibuk nk cari tempat utk wt kursus kawen lg . . kn dah jimat masa tuh !

* harap dpt luangkan masa cuti ny dgn sebaiknya . . .

jUsT tO Let yOu kNow !

ok .... now Farah nak share something ngn korang ... dua tiga hari lepas , Farah ada la intai fb kwn2 ... terjumpa lar post ny .. tertarik hati lak nak baca ...

Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum berdiri ? hah ! hampa-hampa ny mesti penah minum berdiri kan? oke ! skrg Farah nk gtw kebaikan dan keburukan minum berdiri ..
semua ny fakta taw ... lepas korang baca artikel ny , harap korang ubah la yer ...

Dalam tubuh manusia terdapat penyaring yang dipanggil Stringer Maskuler . Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk dan tertutup ketika berdiri . Air yang kita minum belum 100 % di steril untuk di olah tubuh untuk kita .
Jika minum sambil berdiri , air tidak disaring kerana saringan tertutup . Air yang tidak disaring masuk ke pundi kencing . hal ini menyebabkan penyakit kristal qinjal . Subhanallah , setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat !

mari kita amalkan perintah Rasulullah ini :

  • minum 2 gelas air kosong setelah bangun tidur untuk membersihkan organ dalaman
  • minum segelas air , 30 minit sebelum makan untuk membantu seluruh fungsi sistem pencernaan dan qinjal
  • minum segelas air sebelum mandi untuk menurunkan tekanan darah
  • minum segelas air sebelum tidur agar dapat mencegah stroke dan serangan jantung
p/s : Sudahkah korang meminum air kosong hari ini ? ^_^,



zAmAn CeLiK iT

bila kebosanan melanda diri ini , tangan mula menaip macam - macam seperti tidak mahu berhenti ... apa sahaja yang kita nak cari , semua benda hanya di hujung jari ... cepat dan mudah di dapati ... hanya klik dan masukkan link yang kita nak cari tu .. mudah bukan ? ? ?

bila dunia dah semakin maju , makin giat ekonomi negara kita membangun ... salah satunya ialah kenderaan bermotor ... dahulunya kita hanya memiliki kenderaan jenis ini sahaja ...


bila negara dah maju sedikit , tercipta lah kereta api , kapal terbang , kapal layar n macam - macam lagi ... sekarang kita ley tgk macam-macam jenis bentuk kenderaan ... ini saya senaraikan antara kenderaan yang menarik hati saya :


macam keranda plak bila ada kereta pattern nih



kereta kasut yang diperbuat dari kulit lembu !


macam mulut org bila di muncungkan


antara kereta terpantas di dunia


kereta yang boleh digunakan di darat dan air


boleh tumpang ke tu ?

okay ! itu antara kereta unik yang Farah dpt dr en Google ...
terima kasih yer en Google !

* jikalau ada kereta berbentuk love pun cantik gak ...

KeLeBiHaN AyAt KuRsi

untuk memperoleh kelebihan Ayat Kursi nih , korang perlulah buat step nih :
  • Baca pada saat keluar rumah , 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
  • baca saat masuk rumah , kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu
  • baca setelah berwudhu , darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
  • baca pada saat tidur , malaikat akan menjagamu sepanjang malam
  • baca setelah solat , maka jarak antara kamu dan syurga hanya kematian

*sampaikan kepada orang lain , maka ini adalah sedekah jariah . Dan pada setiap orang yang mengamalkan , kamu akan ikut dapat pahalanya sampai hari kiamat .

*renung-renungkan dan Selamat Beramal !


LooK OuT !


semua nih fakta okeh ! bukannya auta !

PeTuA KeCanTikKaN !


korang ley cuba petua - petua yang tersenarai di bawah ny jikalau sudi n saya JAMIN , petua di bawah ny semuanya mujarab !.... SELAMAT MENCUBA !

Kulit Cerah Berseri :
Parutkan lobak merah , campurkan sedikit kuning telur dan air limau nipis . Setelah bahan - bahan ini dicampurkan , sapukan di atas muka dan biarkan kering . Kemudian bilas dengan air .

Ubat Keletihan Mata :
  • Ambil uncang teh dan rendamkan ke dalam air panas . Setelah itu , masukkan uncang teh tadi ke dalam peti sejuk . Setelah sejuk , letakkan di atas mata selama 20 minit .
Kurangkan Kesan Lingkaran Hitam Bawah Mata :
  • Ambil daun pudina segar , tumbuk dan kemudian letakkan di sekitar bahagian mata . Biarkan selama 10 minit sebelum mencucinya .
Hilangkan Kesan Parut :
  • Ambil daun lidah buaya , buang duri di kiri dan kanan daun itu . Dapatkan lendirnya dan sapukan pada parut sama ada di bahagian muka atau badan .
Tegangkan Muka :
  • Sapukan putih telur di atas muka , biarkan seketika dan sehingga terasa tegang seperti masker . Kemudian bilas dengan sempurna .