1st Giveaway


jom korunk kita ramai-ramai join GA ny !

hadiahnya menarik la jugak !

cer korunk tgk hadiah kat bawah ny hah !

Set A : Sehelai tudung satin / bawal plain ( warna rambang ) + topup RM10

Set B : Sehelai tudung bawal plain ( warna rambang ) + sehelai tudung satin ( warna rambang )

Set C : Topup RM15


bermacam-macam set ada

hah ! best kan hadiah tu ?

Farah suka pakai tudung plain sekarang

hope sangat bole menang . . 

kalau korunk nak join GA ny ,

korunk just klik kat banner di atas tu hah

nanti akan linkkan terus ke pemilik GA ny


Pengalaman Mengajarku Erti Kedewasaan




Assalamualaikum semua . . .

cuaca petang ny seakan-akan mengetahui isi hatiku yg serabut dengan bermacam-macam masalah . . lepas satu masalah selesai , datang pula masalah yg baru . . apa-apa pun , Farah sentiasa bersabar menerima segala masalah itu dengan hati yg terbuka . . bila kita dilanda masalah , x kira lah berat or x , kecik or besar , kita mestilah berusaha untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala . . namun , jika masalah itu still tidak selesai lagi , minta lah pertolongan dari yg Maha Esa agar diberikan petunjuk mengenai masalah tersebut . .

semalam ramai gila yg pressure Farah , bila ramai yg pressure Farah , migrain Farah akan datang . . kalau x sakit migrain tu xpa gak ! hanya Allah yg tahu betapa sakitnya kepala Farah bila diserang penyakit itu . . memang x boleh nak tidur la bila migrain ny . . biarlah masalah yg Farah hadapi ini disimpan di dalam kotak hati ini , jikalau cerita pada sesiapa belum tentu lagi si dia boleh membantu . . setahu Farah , bila Farah ada buat apa-apa kesalahan pada Hamba Allah , Farah xkan cakap kias-kias lah . . tapi mengapa setiap kali Farah ingin berkata kepada seseorang , orang lain mesti terasa ? perlukah Farah mention nama orang tu ? nanti jatuh lak maruah dy kan ? lebih baik Farah rahsiakan nama dy bila Farah update apa-apa , lagi selamat . . tak gitu ? tapi ada masalah jugak if ada orang lain terasa . . after this , I have to mention her / his name in my status untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan lagi . . 

bukan semua masalah dapat diselesaikan dengan menggunakan perkataan yg kurang sopan ! fikirlah perasaan orang yg kamu maki hamun tu sebelum memulakan bicara . . jangan ingat hati awak yg membara tu sahaja , hati saya pun bukan keras macam batu bila awak nak buat saya macam tu . . maaf if ada sesiapa yg terasa dengan post Farah kali ny . . walau apa pun yg terjadi  ~ Pengalaman Mengajarku Erti Kedewasaan ~

* ingatlah bahawa setiap kata-kata yg awak lontarkan , akan ditanya kelak ! so berhati-hati lah semasa mengeluarkan kata-kata awak tu yer . .

Posisi Jerawat Petunjuk Kesihatan Seseorang




oh Tidak ! Jerawat ! kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil . kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka kan ? nampak jer jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan ? itu perkara biasa .

ada sesetengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka . sampai ada yg sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat . Betul ke ? tapi jerawat tak boleh dibiarkan disebabkan kesannya sangat teruk . tapi tahukah posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh . menarik bukan ? jom baca info di bawah untuk anda mengetahui lebih lanjut .

Jerawat di DAHI :

haba badan yg melampau serta peredaran darah yg tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat di dahi kita . orang yg ada jerawat di dahi selalunya memiliki sifat panas baran .

untuk menghindari , dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal . selain itu , pastikan dapat tidur yg cukup dan banyakkan minum air .

Jerawat di HIDUNG :

kalau jerawat di batang hidung ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah . jika ianya sering di hujung hidung , mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yg tidak normal . dan jika salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yg mempunyai masalah  .

Jerawat di DAGU :

kalau jerawat tumbuh di dagu pula , berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah . untuk kaum Hawa yg mudah mendapat jerawat di sekitar dagu , mungkin berpunca daripada kitaran haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yg bermasalah .

Jerawat di PIPI :

jika jerawat tumbuh di pipi kiri , fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan , menyahtoksin dan penghasilan darah . jika di sebelah pipi kanan , fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal .

Jerawat di BADAN ( Belakang & Depan ) :

bagi jerawat yg tumbuh di depan ataupun belakang badan , ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah seperti terkena sembelit . dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yg sihat bagi memastikantoksin tersingkir dengan lebih baik .

nampaknya ada yg terus menghadap cermin untuk melihat posisi jerawat . walaubagaimanapun artikel yg dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja . untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas mengenai tahap kesihatan , korang perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor .

* p/s : Tips untuk kulit sihat !
Korang dinasihatkan untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari . Ini akan membantu anda untuk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksin yg tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita . Ia juga membantu pelawasan .

Terima Kasih Pendidik Anak Bangsa !


hai korang ! maaf sebab dah lama x update blog ny . .
agak busy sedikit ! maaf yer ( buat muka minta dimaafkan )
hahaha . . gedik la Farah ny kan ?
xpa la , nak gedik ngn korang ja ,
g pun bukan real kan ? just in my blog only . .

dalam sedar x sedar , dah dua tahun Farah tinggalkan zaman persekolahan
rasanya baru semalam keluar dari pintu sekolah
terlalu banyak kenangan manis dan pahit semasa berada di sekolah . . 
guru jugalah pengganti ibu bapa kita sepanjang kita berada di sekolah . .

alhamdulillah dengan berkat doa cikgu-cikgu yg tak putus-putus
akhirnya Farah dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA
walaupun lari sedikit dari kos yg Farah belajar masa di sekolah dulu ,
namun Farah tak putus asa untuk mencuba yg baru . .
bila dah cuba yg baru , kita akan dapat pengalaman yg baru . . 

BETUL TAK KORANG ?

dulu masa sekolah , sanggup minta kat mak abah duit
untuk beli hadiah nak bagi kat cikgu yg tersayang . .
dapat bagi bunga sekuntum pun dah cukup bermakna
masa tu jugaklah air mata kita akan mengalir
tambah2 lagi bagi yg pelajar senior ,
al-maklum lah kan , depa kan dah nak keluar dari sekolah tu . .
so , kena la buat adegan sedih sikit untuk memeriahkan suasana . .
kan ? kan ? kan ?

tanpa guru , kita takkan mengenal huruf , nombor dan ayat yg lengkap kan ?
melalui mereka juga lah kita dapat menuturkan ayat . .
terlalu banyak jasa guru yg x dapat kita balas kan ?
hanya satu-satunya cara nak membalas jasa mereka ialah
dengan mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat !

guru kita akan tersenyum jika melihat kita meraih SEGULUNG IJAZAH !
amat bermakna dan bernilai sekali senyuman mereka tu . .
walaupun guru banyak memarahi kita ,
bukan beerti mereka tidak menyukai kita
malah niat mereka marahkan kita ialah untuk MENDIDIK

16 Mei merupakan tarikh keramat buat para pendidik
ini kerana tarikh tersebut merupakan Hari Guru
menjadi seorang pendidik bukanlah mudah sebenarnya
terlalu banyak suka duka mereka sepanjang menjadi pendidik



~ Guru yg BIASA memberitahu , guru yg BAIK memberikan penjelasan , guru yg BAGUS memberikan tunjuk ajar , guru yg TERBAIK memberikan inspirasi ~

Farah nak ucapkan ribuan terima kasih buat
semua cikgu yg pernah mengajar Farah tanpa rasa jemu
antara cikgu yg terlibat adalah dari :

> Tadika Kemas Kampung Kastam

> Madrasah Al-Muttaqeen , Kampung Kastam

> Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal

> Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Kastam

> Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih

> Pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah

* Tema Hari Guru 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

1st Special Giveaway By Iza Zaty | Budak Purple


nak tag :


For My Followers & Readers :

jom ramai2 join GA ny . .  banyak hadiah yg menarik menanti korunk !

kalau nak join , korang klik ja kat banner atas 2 . .

nanti akan terus ke link Iza Zaty . .

but before korang nak join GA ny ,

Iza Zaty nak korang baca dulu syarat2 dalam entry dia . .

 Klik Sini untuk baca syarat-syaratnya . .

Take A Note !



Farah nak bgtw something . . 
iF korang nak Farah 


korang haruslah bg link korang dalam


ataupun korang bole 


bukan apa , jika korang buat mcm ny 
akan memudahkan Farah follow ur blog . .
x susah kan permintaan Farah ny ? ?
hope korang bole bg kerjasama . .  ^_^

Exclusive Giveaway By Niena Sofea


nak tag :

*sesapa yg nak join, bole jer..BUT for GIRLS ONLY !
*syarat2 die senang je , kena like semua sponser2 diorang . .ada 32 sponser . .
*klo nak join , just klik banner kat atas 2 keyh !

Jom Ketahui Personaliti Melalui Jenis Darah Anda !


hai korang ! tengah buat apa 2 ?
saia ganggu x ? kalau x ganggu ,
korang cuba baca apa yg Farah nak gtw satg yer !

saia nak kongsi 1 rahsia . . .
mula2 PUTAR , RASA , CELUP
dannnnnnnnnn . . . . . . 
MAKAN ! ! !
hehehe...farah bkn nak gtw bnda ny . .
Farah nak kongsi benda kt bawah ny hah !

tapi sebelum tu , korang kena twu dulu jenis darah korang apa ?
lepas tu bwu korang ley baca personaliti korang . . .
tengok la sama ada betul ke tidak . . 


*Farah darah 0 , so ada jugak kebenarannya kat atas 2 ttg personaliti Farah . . >, <

Khasiat Buah-buahan & Sayur-sayuran


apa khabar korang semua hari ny ?
x sihat ? demam ? sakit tekak ?
kesiannya . . apa2 pun saia doakan awak2 yg x sihat 2 cepat sembuh ya ! ^_^

ok , skrg Farah nak kongsi sedikit petua2
untuk menghilangkan rasa haus , nak jd kurus ,
nak atasi masalah dalaman , cara atasi stres & macam2 lagi la . .

1.  ' Ubat Stres' untuk KURUS
Jangan salah paham ! Ia bukan pil tetapi sup sayur . Tahukah korang , sup sayur mampu mengurangkan tekanan perasaan . Sup sayur dipercayai mampu menguatkan sistem imun tubuh kerana ia kaya dengan vitamin C . Apa kata korang masak sup sayur sendiri , pilihlah sayur yg tinggi anti oksidan seperti tomato , brokoli , bawang merah dan tumiskan sup korang menggunakan minyak zaiton .Lebih baik lagi kerana sup sayur dapat meneutralkan radikal bebas yg mengakibatkan serangan kanser . Sudahlah kenyang , badan pun langsing !

2.  Laparnya ! Minumlah teh !

Dengan mengambil secawan teh tanpa gula , korang akan berasa kenyang . Ia rendah kalori dan merupakan JALAN PINTAS untuk mengusir rasa lapar . Apa tunggu lagi , minumlah teh ketika korang tengah lapar !

3.  Epal

Sebiji epal segar bersaiz sederhana dengan mengandungi 0.47 gram protein , 95 kalori , 4.4 gram serat dan sangat tinggi kandungan pelbagai jenis vitamin . Pengambilan epal hijau setiap juga mampu membantu mereka yg ingin menurunkan berat badan !

4.  Pisang 

100 gram atau 2 biji pisang mengandungi 400 gram potassium . Potassium adalah nutrisi yg mampu membantu menurunkan tekanan darah , membekalkan tenaga segera kepada tubuh , membantu pertumbuhan otak dan mencegah terjadinya kekejangan otot . Masalah cirit-birit atau sembelit juga mampu diredakan dengan mengambil pisang kerana khasiat potassium dan magnesiumnya .

5.  Lobak Putih Kandungi Khasiat Tinggi

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan . Ramai yg tidak mengetahui yg lobak putih mempunyai kandungan khasiat yg tinggi dan sayur ini dapat mneyelesaikan masalah penghadaman . "Brassica Rapa' adalah nama saintifiknyadan berasal dari keluarga 'Crucifera' . Sayur ini mengandungi kandungan air , glukos , sukros dan truktos yg banyak . Ia juga kaya dengan asid ferutik , asid benzopyruwik dan asid amino .

6. Pudina Mampu Melegakan Selesema

'Mentha Arvensis' boleh melegakan demam selesema dan menghilangkan rasa loya , 'Mentha Spicata Moroc-Can' mampu meredakan kekejangan otot dan 'Mentha Aquatica' untuk merawat cirit-birit . Pudina bertindak sebagai peransang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens . Ia juga bersifat antiseptik , antiparasit dan antivirus . Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema , sakit kepala , kekejangan otot dan sakit-sakit badan .

7. Kucai Atasi Keputihan

Kucai mengandungi vitamin B dan C , karoten dan komposen belerang . Ia dapat mengubati penyakit seperti senggugut , keputihan , darah tinggi dan sembelit . Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi peransang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus . Ia juga melancarkan pengaliran darah sekaligus mengindarkan pembekuan darah .

* ini shj yg Farah kongsikan dengan korang . . InsyaAllah IF Farah twu petua2 yg lain , Farah akan kongsikan lagi yer . . ^_^

Rahsia : 7 Cara Wanita Berjalan

kekadang kita tak tahu bagaimana lelaki menganalis kita . . apa kata kita selongkar cara wanita berjalan . . maybe korang ley ubah cara korang berjalan . . ^_^

1.  Apabila berjalan kelihatan seperti tidak memijak tanah :
  • Golongan wanita yg jalannya berginjat , wanita ini kononnya bersifat tidak jujur , mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual . Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya . Dan yang lebih parah , wanita ini biasanya seorang yg boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum bebelanja . Tapi jangan berkecil hati kerana wanita seperti ini kebiasaannya menjadi pujaan ramai lelaki .

2.  Apabila berjalan , sering menoleh ke kanan dan kiri :
  • Wanita yg berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia . Walaupun ramai yg menganggap wanita yg berjalan seperti ini tidak jujur , suka menipu teman sendiri dan merugikan teman bualnya , namun ramai lelaki yg berusaha untuk menakluk hatinya . Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan .
3.  Apabila berjalan , suka menunduk :
  • Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yg tertutup . Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yg rapat dengannya dan boleh dipercayai . Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya . Di samping sikapnya yg dingin , wanita ini tidak peduli dengan percintaan . Namun jika ada lelaki yg berjaya menawan hatinya , dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan . Ini kerana wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yg dicintainya .
4.  Apabila berjalan menatap lurus ke hadapan :
  • Mereka yg berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yg teguh dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya . Jangan sesekali menentang apa yg pernah dikatakannya jika anda tidak mampu mendengar dia berleter panjang lebar . Meskipun pendiriannya teguh , tetapi dia selalu berselisih pendapat . Jadi tak hairanlah kalau wanita ini hanya mampu berbual dengan orang yg berpengalaman luas .

5.  Apabila berjalan badan bergerak ke kiri dan ke kanan :
  • Wanita yg berjalan dengan gaya yg sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yg berlaku . Apa pun masalah yg ada di hadapannya , dia menganggap itu sebagai perkara kecil . Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan . Kerana sifat yg suka ambilmudah ini banyak persoalan yg akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri .
6.  Apabila berjalan badan nampak tegak :
  • Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu . Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain . Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh . Dan yg menarik tentang wanita ini ialah , dia bertanggungjawab terhadap apa yg pernah dilakukannya . Dia menyenangi lelaki yg berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya .
Apabila berjalan seperti zirafah :
  • Maksudnya , ketika melangkah kaki , badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang . Wanita jenis ini sangat lemah perasannya . Dia seorang yg mudah terasa dan mudah tersinggung . Jadi jika berbual dengan wanita seperti ini , sedikit sebanyak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata .


* so korang yg mana satu ? adakah bersesuaian dengan diri korang ?

Bersengkang Mata Edit Gambar


assalamualaikum semua . . .

ha ! malam ny ada idea sikit nak wt entry baru . . 
berdasarkan tajuk kat atas tu ,
semalam Farah x tido edit gambar . . 
edit sebab nak explore apa yg ada dalam Picasa 3
tapi x da la pro sangat dalam bidang
nak edit2 gambar ny . .
kalo nak edit sikit2 tu bole la . .
buat isi masa lapang . .
ok lah . . korang mesti bosan kan dengar Farah bebel malam2 ny ? ?
apa kata kalo korang usha gambar2 yg Farah edit semalam . . 
kalo rajin , komen la sekali yer . .









Hati Perempuan Sukar Untuk Diduga


hati perempuan itu TERLALU ISTIMEWA hinggakan kedang kita sukar meramal apa yang berada di dalamnya
kadang kita merasakan amat dekat hatinya pada kita tapi sebenarnya langsung kita tidak tahu apa yang bermain di dalam fikirannya
hinggakan kadang kita tidak langsung menduga apa yang sedang difikirkannya walau kadang berbicaranya seolah tidak ada rasa, namun sebenarnya amat jauh dari dunia sendiri

::: Lama sudah tidak ku lihat gemersik senyumanmu :::
Dan jangan jua biarkan wanita yang berada di sisi kamu bersedih dan menangis.. Dan jika masih dibiarkan jua, terhenti air matanya setelah letih seolah hatinya jua telah tawar dan pudar akan cinta..

Jangan di biarkan wanita yang berada di sisi kamu punyai rajuk yang panjang hingga tiada akan usaha untuk mengembirakan hatinya.. Kerana pasti akan ada seseorang yang cuba membuatnya senyum dan gembira..

Jangan biarkan wanita yang berada di sisi kamu merasakan sunyi dan terabai, kerana pasti akan ada bisikan mengodanya mencari keserasian..

Mereka tidak mendengar apa yang dikeluh.. Mereka tidak melihat dengan mata walau memandang.. Mereka hanya mahu tahu satu kisah.. Satu cerita asalnya duka.. Tidak langsung mereka mengerti akan rasa.. Kerana mereka tidak berada di atasnya.. Tidak akan ada rasa menilai kerana mereka hanya ada untuk sandaran seketika..
Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menangis dia dalam diam.. Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.. Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.. Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.. 

Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkanlah hatinya..

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.. Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya.. Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.. Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.. 



Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.. Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu..


Dan amat menyakitkan bila kita terpaksa berpura pura bahagia sedangkan pada realiti itu amat kita merasakan derita.. Hanya mampu melihat tanpa memandang kerana telah dibutakan dengan kecurangan.. Kita pujuk akan hati, cerita ini hanya sementara hingga sampai satu masa setiap lakonan itu akan berakhir jua..

MaaF Para Blogger


assalamualaikum semua . . . .
ffffuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!!!!
dah berhabuk rasanya blog Farah ny . . 
mana tak nya , dah lama bebenor x update . . .
thx pada yg sudi memuncungkan mulut korang untuk membersihkan blog ny >,<

firstly Farah nak mnx maaf banyak2 sebab dah lama rasanya tak update new entry . . 
agak busy sikit sejak dua menjak ny . . 
skrg baru je abis final exam , now time to rest my mine from books . . 
fuh ! ayat mcm pasrah je kan ? ? hehehe . . 
dah penat parah otak masa exam lepas , sebab 2 cakap mcm tu . .
actually cuti sem kali ny selama 2 bulan setengah ,
tapi disebabkan nak jimat jam kredit untuk sem depan . .
so Farah daftar beberapa subjek yg senang untuk study masa semester pendek ny . .
x ambil banyak pun , dalam 4 subjek ja . .
dah save 5 mata jam kredit . . so sem depan xda la kalot nak drop subjek IF ada FAIL . .
semester pendek ny makan masa selama sebulan setengah ja . .
so study x da la lama sangat kan ?

ok lah my beloved readers !
nanti2 Farah update entry yg lain yer . .
xda idea lak nak tulis panjang2 . .

bubye semua . .
hope korang x jemu baca entry Farah ny keyh ? ? 
♥ ♥ ♥ you ouls ! !
assalamualaikum w.b.t

* doakan Farah lulus dengan cemerlang dlm exam !