Posisi Jerawat Petunjuk Kesihatan Seseorang




oh Tidak ! Jerawat ! kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil . kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka kan ? nampak jer jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan ? itu perkara biasa .

ada sesetengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka . sampai ada yg sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat . Betul ke ? tapi jerawat tak boleh dibiarkan disebabkan kesannya sangat teruk . tapi tahukah posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh . menarik bukan ? jom baca info di bawah untuk anda mengetahui lebih lanjut .

Jerawat di DAHI :

haba badan yg melampau serta peredaran darah yg tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat di dahi kita . orang yg ada jerawat di dahi selalunya memiliki sifat panas baran .

untuk menghindari , dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal . selain itu , pastikan dapat tidur yg cukup dan banyakkan minum air .

Jerawat di HIDUNG :

kalau jerawat di batang hidung ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah . jika ianya sering di hujung hidung , mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yg tidak normal . dan jika salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yg mempunyai masalah  .

Jerawat di DAGU :

kalau jerawat tumbuh di dagu pula , berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah . untuk kaum Hawa yg mudah mendapat jerawat di sekitar dagu , mungkin berpunca daripada kitaran haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yg bermasalah .

Jerawat di PIPI :

jika jerawat tumbuh di pipi kiri , fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan , menyahtoksin dan penghasilan darah . jika di sebelah pipi kanan , fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal .

Jerawat di BADAN ( Belakang & Depan ) :

bagi jerawat yg tumbuh di depan ataupun belakang badan , ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah seperti terkena sembelit . dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yg sihat bagi memastikantoksin tersingkir dengan lebih baik .

nampaknya ada yg terus menghadap cermin untuk melihat posisi jerawat . walaubagaimanapun artikel yg dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja . untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas mengenai tahap kesihatan , korang perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor .

* p/s : Tips untuk kulit sihat !
Korang dinasihatkan untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari . Ini akan membantu anda untuk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksin yg tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita . Ia juga membantu pelawasan .

0 KomeN BerNaS: