10 Tanda Jodoh Kita



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Esa . Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita ? Allah mengurniakan manusia telinga untuk mendengar , mata untuk melihat dan akal untuk berfikir . Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan . Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya . Apabila mereka bersama , masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain . Lalu gerak hati mengatakan dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama . Benarkah ia seperti yang diperkatakan ? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita .

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut , sila klik Read More



BERSAHAJA :
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon . Cuba perhatikan cara dia berpakaian , cara percakapan , cara ketawa serta cara makan dan minum . Adakah ia secara spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik . Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya , sah dia sedang berlakon . Kadang-kadang kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon , tetapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat , maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai . Jika tidak , dia mungkin bukan jodoh kita .

SENANG BERSAMA :
Walaupun kita selalu bersamanya , tidak ada sedikit pun perasaan bosan , jemu ataupun tertekan pada diri kita . Semakin hari semakin sayang padanya . Kita sentiasa tenang , gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita . Rasa senang sekali apabila bersamanya . Apabila berjauhan , terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya . Tidak kira siang ataupun malam , Ketiadaanya terasa sedikit kehilangan .

TERIMA KITA SEADANYA :
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan , dia tidak ambil peduli . Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan . Dia juga tidak mahu kisah siapa kita sebelum ini . Yang penting siapa kita sekarang . Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya , dia tidak ambil hati langsung . Yang dia tahu , kita adalah miliknya kini . Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya . Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita .

SENTIASA JUJUR :
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama . Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita . Kejujuran bukan perkara yang boleh dolakonkan . Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita . Selagi kejujuran bertakhta di hatinya , kebahagiaan menjadi milik kita . Apabila berjauhan , kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan . Apabila dia tidak jujur , sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita . Apabila dia tidak jujur , Sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita . Apabila dia jujur , semakin hangat lagi hubungan cinta kita . Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati . Jadi , dialah sebaik-baik pilihan .

PERCAYA MEMPERCAYAI :
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri . Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya  dapat mengurangkan beban yang ditanggung . Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih , adakah rahsia kita selamat di tangannya ? Bagi mereka yang berjodoh , sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari hati nurani mereka . Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya  berbanding rakan-rakan yang lain . Satu lagi , kita tidak akan berahsia apapun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat . Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran . Bahagiakah individu yang memperoleh kedua-duanya ?

SENANG BEKERJASAMA :
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta yang berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang , kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini . Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar . Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan meringankan tugas masing-masing . Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama . Jika tiada kerjasama , sukar bagi kita untuk hidup bersama . Ini kerana , kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus . Bukankah ini menyusahkan ?

MEMAHAMI DIRI KITA :
Bagi pasangan yang berjodoh , dia mestilah memahami diri pasangannya . Seamasa kita sakit , dia bawa kita ke klinik . Semasa kita berduka , dia menjadi penghibur . Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi . Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka , dia sentiasa ada untuk kita . Dia juga bersedia mengalami pasang surut percintaan . Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka , di saat senang dan susah , dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita .

TAMPILKAN KELEMAHAN :
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini . Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut . Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukkan tertentu . Bagi dia yang bersedia menjaditeman hidup kita , dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita . Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasih . Malah , dia tidak segan mempamerkan keburukkannya kepada kita . Misalnya apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi hari , dia tidak menghalang kita daripada melawatnya . Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing , memang ditakdirkan kita hidup bersamanya .

KATA HATI :
Dengarlah kata hati . Kadangkala manusia dikurniakan Allah seria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya . Dengan deria batin ini juga kita dapat tahu perasaan masing-masing . Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu . Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita , tanyalah sekali lagi dalam hati . Adakah dia ditakdirkan untuk kita ? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan bijak . Serahlah segalanya pada ketentuan Yang Maha Berkuasa .

MIMPI :
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah . Manusia hanya mampu merancang di pentas  dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa . Adakalanya dalam memainkan peranan sebagai pelakon , diberi petunjuk melalui mimpi . Mimpi memang mainan tidur , tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk , insyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk . Jika dia pilihan kita , buatlah keputusan sebaiknya . Jika tidak , tolaklah dia dengan baik . Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia . Ingatlah ! Nikmat di dunia hanyalah sementara . Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya .

* korang boleh amalkan doa di bawah ini :


* adakah korang semua mempunyai tanda-tanda seperti di atas bersama pasangan korang ?
* jikalau ada , baguslah ! jagalah hubungan korang sebaik mungkin !
* doa Farah sentiasa ada untuk kebahagiaan korang . . .

3 KomeN BerNaS:

Farsya Shamsudin said...

nice entry. love it!

yasirahsyira said...

suke tang doa tu..thanks share ..=) suke..

FaraH FaRzAnA said...

sama2 . . sharing is caring kan ?
x rugi pn berkongsi ilmu . .