Sebiji epal segar bersaiz sederhana dengan mengandungi 0.47 gram protein , 95 kalori , 4.4 gram serat dan sangat tinggi kandungan pelbagai jenis vitamin . Pengambilan epal hijau setiap juga mampu membantu mereka yg ingin menurunkan berat badan !
4. Pisang
100 gram atau 2 biji pisang mengandungi 400 gram potassium . Potassium adalah nutrisi yg mampu membantu menurunkan tekanan darah , membekalkan tenaga segera kepada tubuh , membantu pertumbuhan otak dan mencegah terjadinya kekejangan otot . Masalah cirit-birit atau sembelit juga mampu diredakan dengan mengambil pisang kerana khasiat potassium dan magnesiumnya .
5. Lobak Putih Kandungi Khasiat Tinggi
Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan . Ramai yg tidak mengetahui yg lobak putih mempunyai kandungan khasiat yg tinggi dan sayur ini dapat mneyelesaikan masalah penghadaman . "Brassica Rapa' adalah nama saintifiknyadan berasal dari keluarga 'Crucifera' . Sayur ini mengandungi kandungan air , glukos , sukros dan truktos yg banyak . Ia juga kaya dengan asid ferutik , asid benzopyruwik dan asid amino .
6. Pudina Mampu Melegakan Selesema
'Mentha Arvensis' boleh melegakan demam selesema dan menghilangkan rasa loya , 'Mentha Spicata Moroc-Can' mampu meredakan kekejangan otot dan 'Mentha Aquatica' untuk merawat cirit-birit . Pudina bertindak sebagai peransang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens . Ia juga bersifat antiseptik , antiparasit dan antivirus . Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema , sakit kepala , kekejangan otot dan sakit-sakit badan .
7. Kucai Atasi Keputihan
Kucai mengandungi vitamin B dan C , karoten dan komposen belerang . Ia dapat mengubati penyakit seperti senggugut , keputihan , darah tinggi dan sembelit . Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi peransang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus . Ia juga melancarkan pengaliran darah sekaligus mengindarkan pembekuan darah .
* ini shj yg Farah kongsikan dengan korang . . InsyaAllah IF Farah twu petua2 yg lain , Farah akan kongsikan lagi yer . . ^_^
0 KomeN BerNaS:
Post a Comment