Rahsia : 7 Cara Wanita Berjalan

kekadang kita tak tahu bagaimana lelaki menganalis kita . . apa kata kita selongkar cara wanita berjalan . . maybe korang ley ubah cara korang berjalan . . ^_^

1.  Apabila berjalan kelihatan seperti tidak memijak tanah :
  • Golongan wanita yg jalannya berginjat , wanita ini kononnya bersifat tidak jujur , mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual . Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya . Dan yang lebih parah , wanita ini biasanya seorang yg boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum bebelanja . Tapi jangan berkecil hati kerana wanita seperti ini kebiasaannya menjadi pujaan ramai lelaki .

2.  Apabila berjalan , sering menoleh ke kanan dan kiri :
  • Wanita yg berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia . Walaupun ramai yg menganggap wanita yg berjalan seperti ini tidak jujur , suka menipu teman sendiri dan merugikan teman bualnya , namun ramai lelaki yg berusaha untuk menakluk hatinya . Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan .
3.  Apabila berjalan , suka menunduk :
  • Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yg tertutup . Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yg rapat dengannya dan boleh dipercayai . Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya . Di samping sikapnya yg dingin , wanita ini tidak peduli dengan percintaan . Namun jika ada lelaki yg berjaya menawan hatinya , dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan . Ini kerana wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yg dicintainya .
4.  Apabila berjalan menatap lurus ke hadapan :
  • Mereka yg berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yg teguh dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya . Jangan sesekali menentang apa yg pernah dikatakannya jika anda tidak mampu mendengar dia berleter panjang lebar . Meskipun pendiriannya teguh , tetapi dia selalu berselisih pendapat . Jadi tak hairanlah kalau wanita ini hanya mampu berbual dengan orang yg berpengalaman luas .

5.  Apabila berjalan badan bergerak ke kiri dan ke kanan :
  • Wanita yg berjalan dengan gaya yg sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yg berlaku . Apa pun masalah yg ada di hadapannya , dia menganggap itu sebagai perkara kecil . Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan . Kerana sifat yg suka ambilmudah ini banyak persoalan yg akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri .
6.  Apabila berjalan badan nampak tegak :
  • Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu . Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain . Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh . Dan yg menarik tentang wanita ini ialah , dia bertanggungjawab terhadap apa yg pernah dilakukannya . Dia menyenangi lelaki yg berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya .
Apabila berjalan seperti zirafah :
  • Maksudnya , ketika melangkah kaki , badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang . Wanita jenis ini sangat lemah perasannya . Dia seorang yg mudah terasa dan mudah tersinggung . Jadi jika berbual dengan wanita seperti ini , sedikit sebanyak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata .


* so korang yg mana satu ? adakah bersesuaian dengan diri korang ?

2 KomeN BerNaS:

Erah said...

saya rasa cara saya berjalan seperti no 3,4 dan 6. hehe
tapi, xsemestinya rahsia tu betul kan? i dont think so. hehe..
papepun, nice info. =)

FaraH FaRzAnA said...

ya...x semestinya betol..
juz utk pngetahuan kita ja...