kekadang kita tak tahu bagaimana lelaki menganalis kita . . apa kata kita selongkar cara wanita berjalan . . maybe korang ley ubah cara korang berjalan . . ^_^
1. Apabila berjalan kelihatan seperti tidak memijak tanah :
- Golongan wanita yg jalannya berginjat , wanita ini kononnya bersifat tidak jujur , mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual . Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya . Dan yang lebih parah , wanita ini biasanya seorang yg boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum bebelanja . Tapi jangan berkecil hati kerana wanita seperti ini kebiasaannya menjadi pujaan ramai lelaki .
2. Apabila berjalan , sering menoleh ke kanan dan kiri :
- Wanita yg berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia . Walaupun ramai yg menganggap wanita yg berjalan seperti ini tidak jujur , suka menipu teman sendiri dan merugikan teman bualnya , namun ramai lelaki yg berusaha untuk menakluk hatinya . Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan .
3. Apabila berjalan , suka menunduk :
- Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yg tertutup . Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yg rapat dengannya dan boleh dipercayai . Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya . Di samping sikapnya yg dingin , wanita ini tidak peduli dengan percintaan . Namun jika ada lelaki yg berjaya menawan hatinya , dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan . Ini kerana wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yg dicintainya .
4. Apabila berjalan menatap lurus ke hadapan :
- Mereka yg berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yg teguh dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya . Jangan sesekali menentang apa yg pernah dikatakannya jika anda tidak mampu mendengar dia berleter panjang lebar . Meskipun pendiriannya teguh , tetapi dia selalu berselisih pendapat . Jadi tak hairanlah kalau wanita ini hanya mampu berbual dengan orang yg berpengalaman luas .
5. Apabila berjalan badan bergerak ke kiri dan ke kanan :
- Wanita yg berjalan dengan gaya yg sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yg berlaku . Apa pun masalah yg ada di hadapannya , dia menganggap itu sebagai perkara kecil . Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan . Kerana sifat yg suka ambilmudah ini banyak persoalan yg akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri .
6. Apabila berjalan badan nampak tegak :
- Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu . Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain . Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh . Dan yg menarik tentang wanita ini ialah , dia bertanggungjawab terhadap apa yg pernah dilakukannya . Dia menyenangi lelaki yg berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya .
Apabila berjalan seperti zirafah :
- Maksudnya , ketika melangkah kaki , badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang . Wanita jenis ini sangat lemah perasannya . Dia seorang yg mudah terasa dan mudah tersinggung . Jadi jika berbual dengan wanita seperti ini , sedikit sebanyak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata .
* so korang yg mana satu ? adakah bersesuaian dengan diri korang ?
2 KomeN BerNaS:
saya rasa cara saya berjalan seperti no 3,4 dan 6. hehe
tapi, xsemestinya rahsia tu betul kan? i dont think so. hehe..
papepun, nice info. =)
ya...x semestinya betol..
juz utk pngetahuan kita ja...
Post a Comment