Terima Kasih Pendidik Anak Bangsa !


hai korang ! maaf sebab dah lama x update blog ny . .
agak busy sedikit ! maaf yer ( buat muka minta dimaafkan )
hahaha . . gedik la Farah ny kan ?
xpa la , nak gedik ngn korang ja ,
g pun bukan real kan ? just in my blog only . .

dalam sedar x sedar , dah dua tahun Farah tinggalkan zaman persekolahan
rasanya baru semalam keluar dari pintu sekolah
terlalu banyak kenangan manis dan pahit semasa berada di sekolah . . 
guru jugalah pengganti ibu bapa kita sepanjang kita berada di sekolah . .

alhamdulillah dengan berkat doa cikgu-cikgu yg tak putus-putus
akhirnya Farah dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA
walaupun lari sedikit dari kos yg Farah belajar masa di sekolah dulu ,
namun Farah tak putus asa untuk mencuba yg baru . .
bila dah cuba yg baru , kita akan dapat pengalaman yg baru . . 

BETUL TAK KORANG ?

dulu masa sekolah , sanggup minta kat mak abah duit
untuk beli hadiah nak bagi kat cikgu yg tersayang . .
dapat bagi bunga sekuntum pun dah cukup bermakna
masa tu jugaklah air mata kita akan mengalir
tambah2 lagi bagi yg pelajar senior ,
al-maklum lah kan , depa kan dah nak keluar dari sekolah tu . .
so , kena la buat adegan sedih sikit untuk memeriahkan suasana . .
kan ? kan ? kan ?

tanpa guru , kita takkan mengenal huruf , nombor dan ayat yg lengkap kan ?
melalui mereka juga lah kita dapat menuturkan ayat . .
terlalu banyak jasa guru yg x dapat kita balas kan ?
hanya satu-satunya cara nak membalas jasa mereka ialah
dengan mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat !

guru kita akan tersenyum jika melihat kita meraih SEGULUNG IJAZAH !
amat bermakna dan bernilai sekali senyuman mereka tu . .
walaupun guru banyak memarahi kita ,
bukan beerti mereka tidak menyukai kita
malah niat mereka marahkan kita ialah untuk MENDIDIK

16 Mei merupakan tarikh keramat buat para pendidik
ini kerana tarikh tersebut merupakan Hari Guru
menjadi seorang pendidik bukanlah mudah sebenarnya
terlalu banyak suka duka mereka sepanjang menjadi pendidik



~ Guru yg BIASA memberitahu , guru yg BAIK memberikan penjelasan , guru yg BAGUS memberikan tunjuk ajar , guru yg TERBAIK memberikan inspirasi ~

Farah nak ucapkan ribuan terima kasih buat
semua cikgu yg pernah mengajar Farah tanpa rasa jemu
antara cikgu yg terlibat adalah dari :

> Tadika Kemas Kampung Kastam

> Madrasah Al-Muttaqeen , Kampung Kastam

> Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal

> Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Kastam

> Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih

> Pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah

* Tema Hari Guru 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

3 KomeN BerNaS:

AdilaAzmir™ said...

lama dah tak sambut hari guru. hee:)

Lida Rahim said...

Hi farah,

Entry yg best!

P/s : akak lom sempat umum lg GA tu.. tgh kalut ngan macam2 hal.. maybe next week kot

FaraH FaRzAnA said...

adila azmir>bila dh kuar dari sekolah , rindu segala aktiviti yg ada di sekolah 2 . .
Kak LR > ok2..thx..