Assalamualaikum dan salam sejahtera . . .
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang . .
Alhamdulillah , di kesempatan ini Farah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang indah ini . . Kita tak tahu bila ajal kita , jadi bersiap sedialah sepenuhnya dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti menunaikan segala suruhanNya serta meninggalkan segala laranganNya . . InsyaAllah hidup anda akan diberkati . .
semalam Farah tonton satu movie channel 105 ( Asrto Prima ) . . tajuk movie ny A Day After Tomorrow . . agak menarik tajuk movie ny . . and jalan cerintanya juga menarik . . jalan cerita movie ini lebih kurang filem 2012 . . mesti korang pernah tgk kn movie 2 ? ? so , now Farah nak cerita sedikit tentang movie A Day After Tomorrow ny . . .
movie ini menceritakan tentang kerakusan manusia mencipta pelbagai teknologi canggih sehingga mengabaikan ekosistem negara . . suatu hari , seorang pakar ramalan cuaca menyatakan bahawa setahun lagi dunia akan dilanda puting beliung yang dashyat yang terhasil dari ketulan ais sebesar bola golf . .
bencana ini merebak dengan cepat ke negara - negara yang berdekatan yang hanya memakan masa kurang dari sehari . . kejadian ini berlaku selama sejam atau lebih di sesuatu tempat . . peluang untuk hidup jika bencana ini berlaku adalah amat tipis sekali . .
bencana alam ini menimpa beberapa buah negara yang terletak di hemisfera utara seperti di New York , London , Paris dan sebagainya . . puting beliung ini telah menyebabkan semua harta benda dimusnahkan . . apabila bencana ini berlaku , semua bangunan termasuk orang akan menjadi beku seperti ais . .
cuba bayangkan , sebuah helikopter yang terbang tinggi pun boleh jatuh akibat petrol membeku sehingga menyebabkan pemandu serta penumpang menjadi beku seperti ais . . ramai yang terkorban dan menjadi ais kerana gagal selamatkan diri masing - masing . . salah satunya cara untuk selamatkan diri ialah dengan sentiasa memanaskan diri untuk mengelakkan diri dari menjadi beku seperti ais . .
* iktibar dari story ny ialah , kita jangan alpa dengan tugas yang di galas oleh seorang hamba Allah . .
* setiap manusia akan kembali kepada penciptaNya , cuma bezanya cepat atau lambat sahaja . .
* bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup !
0 KomeN BerNaS:
Post a Comment